'people change' katanyaa...


Assalamualaikum, lama gila aku tak update blog en. Setakat ni je, ada 5 draft, tapi aku tak publish. Draft tu semua kosong. Yang ada hanya 'Assalamualaikum'. Itu jelah yang mampukan. Banyak story yang aku tak kongsikan dekat sini kan. Aku menaip pun dah slow, tandanya aku dah lama tak menaip lah tukan.


Semalam cikgu ali tak masuk kelas pun. Hari selasa haritu pun dia tak masuk kelas, makbul doa solat subuh aku woi! Hw den tak siap, tu yang doa macam tu. Tapi semalam aku tak doakan apa-2 pun k. So, kita orang lepak jelah dalam kelas. Mula-2 tu teman pink buat hw dia, tapi aku main game lah. Pastu pink tidur, aku pun pindah lepak dengan shamin, najwa, halim dengan haziq. Halim cakap dia nak hantar pizza sampai depan rumah aku, haha gurau jelah. Bukan betul-2 pun. Berapa kerat sangatlah kawan-2 aku yang tahu mana rumah aku ni. Amai pun tak tahu rasanya. Okay, tak dapat dinafikan lepak dengan shamin dengan wawa still best macam dulu. Ada je cerita lama yang terungkap kembali. 


Then, budak bio balik kelas. Terus lepak dengan member-2 aku. Main tembak-2 dengan nabilah. Pipah tukang gelak sambil hentak kaki. Eh bukan itu pesen aku ke? Pipah gelak sampai keluar air mata macam mizah. Aku kan ada T-square, so itu senapang aku. Hihi Nabilah pulak, dia guna kipas aku untuk halang daripada kena peluru angin. Hihi, padahal masing-2 puasa ni. Pastu dah masuk dah cerita-2 cartoon, dragonball, ultraman, one piece, conan, batman, hagemaru, ninja boy, cicakman, spiderman. Hahahaha, nampak tak? Masing-2 otak cartoon. Halim dengan azam yang duduk belakang aku tu gelak je dengar kita orang berdebat pasal cartoon masing-2. Memang hari khamis, semalam lah tu, aku banyak sangat gelak. Banyak sangat. Sampai aku dapat rasa yang aku akan banyak menangis lepas gelak tak ingat dunia tu.


Haaa kan betul! Harini hari yang paling banyak air mata aku tumpah. Paling banyak untuk tahun 2012 dan 2011. Dah lama aku tak nangis seteruk tadi, lama sangat. Rasanya, last aku nangis macam tu, lepas break dengan amai, tapi itu lagi lama. Shamin dengan kyra je yang tahu macam mana keadaan aku masa tu *masa tu jelah*. Aku tidur tadi pun dengan air mata. Nak pergi buat IC tadi pun air mata aku tak berhenti mengalir. Sampai abang yang tunggu lampu hijau tu pun pandang aku lain macam je. Apa? Ingat aku break dengan pakwe kehaa? Tak pernah nampak orang menangis? Aku jeling abang tu, tapi abang tu boleh senyum kat aku. Sorry bang, takdo mood nak sonyum. Tah macam mana lah roman IC aku tu nanti. Mesti buruk sebab muka lepas habis menangis. Nasib baik aku bawa bedak masuk kereta. Takyah bawa sikat macam biasa sebab aku pakai tudung.

Pastu aku text amai. Entah macam mana dia tahu time tu aku tengah marah. Rasanya aku text macam biasa jee. Petang tadi pun sama, dia tahu time tu aku tengah sedih. Sedih wei, harini je, 3 orang sumpah aku ni tak berguna. Tapi macam mana amai tahu? Macam mana? Maybe betul lah kut, dia kenal aku bukan sehari dua. Cerita aku dalam poket dia jee. Kita orang kenal, dari tahun 2009 lagi tau. Awal-2 tu, aku mana ada layan sangat amai ni. Layan camtu-2 jelah. Dalam 4 5 text, pastu 'babai'. Tapi masa tu dia ada cakap dia tengah try usha kak madi. Wa panas bhai, wa panas! Tapi dia tak dapat pun. Hahahaha padan muka. Time tu aku dah mula suka kat dia. Well, sekarang aku lah cinta hati dia. Tak berubah dari dulu sampai sekarang. Okay out of topic. Akmal, me love you, like hell.

Tadi text dengan esah kejap. Text dengan kawan mesti ah 'aku kau' je. Now, aku dah tersasul 'aku' dengan amai. Kan dah. Aku dengan amai tak pernah 'aku kau' even masa break dulu. Haritu pun aku tersasul 'woi' dengan dia. Kan dah kena tegur. See, kita orang tak pernah cakap kasar apatah lagi bergaduh. Memang lah nak sweet sangat pun tak boleh, tapi kalau cakap kasar tiap masa, boleh jadi macam yana yonet dengan si lipas tu haa. Couple 3 tahun pun boleh break sebab asyik berkasar jee. Aku cakap ni, bukan nak perli sesape, setakat luahan hati je pun.

Okay lah, lama sangat dah depan lappy ni. Nak sign out dulu. Btw, pink dah pandai stalk aku haa. Nabilah pun. Ame ame aceh puji lagu dalam blog aku ni. Sebelum tu, esahh, kredit kau lagi cepat habis bila text dengan aku. K assalamualaikum, tatata reader(s).
THANKS HONEY