Assalamualaikum. Tadi ada pegawai kesihatan *maybe* datang sekolah aku. Aku ingat dia orang nak check apa benda lah. Dah lah time tu aku bawa phone. Kalau phone aku takpe gak, ni phone amai. Kita orang tukar phone selasa lepas. Haha, budak ni cakap bibir aku pucat, cuak babe! Pastu bawa pulak mp3. Tangan aku menggigil. Okay, setiap kali ada orang datang check kat kelas tu, memang aku gigil, even tak bawa barang terlarang. Tak kisahlah check apa sekalipun, check gigi pun aku dah mula menggigil. Pentakut kau nad.
Tak kisah lah, benda tu semua dah lepas. Cakap pasal benda yang dah lepas, aku ada baca satu post entry aku yang lepas-2, people change, memories don't. Even kita berubah, tapi takyah tipulah, korang tetap ingat kenangan-2 korang yang dulu-2 tu kan. Hmp, okay dahlah lupakan. Dua tiga harini, aku tak cukup tidur sebab tengok bola. Ayah aku geng bersorak. Dulu aku mana minat dengan bola-2 ni. Tapi maybe sebab masa form 3 dulu, aku hanya boleh tengok bola SAHAJA, waktu malam. Jadi, dari situ lah aku minat dengan bola ni. Kalau dulu aku fikir, membazir masa je tengok bola, baik membuta dalam bilik, sekarang aku sanggup bersengkang mata sebab nak tengok bola. Aduh, tengok bagaimana manusia berubah. Dah lah tengok bola ni boleh cuci mata. Eh, hahaha. Sape suruh player dia handsome-handsome. Eh tak tak, amai sentiasa di hati. Hahaha
Kalau dah tak cukup tidur tu, mesti lah kita kena cukupkan en. So tadi aku tidur dalam kelas. Aku dah lah puasa, pastu tidur. Dah lah badan lemah sebab puasa, pastu tidur pulak, lagi lah lemah. Aku jalan pun dah huyung hayang, tak dapat nak imbang badan. Pening wei kalau tidur tengah hari buta macam tadi tuu. Lagi-2 semalam, tengok bola kat channel HD. Tengok bola dekat HD best, tapi terang sangat. Sakit mata, aku ni dah lah silau, pastu tengok pula benda terang, lagi lah pening. Kalau tak silap, ayah aku tukar byond sebab nak tengok bola lah. Boleh tengok sehelai-sehelai rumput kat padang eh. Nampak macam tengah main game jee kat tv tu. Aku rasa macam membazir kut tukar byond. Bukan selalu pun tengok HD. Ni lah first time aku tengok bola kat channel HD. Terang sangat, sakit mata tahu tak sakit mata. Tu sebab ah jarang tengok.
Sekarang ni kan, kawan baik aku dah pandai dah main jeling-2. Aku cucuk bijik mata kau tahu lah. Tapi takpe, tak luak apa pun kalau dia jeling aku. Kawan baik aku tu ingat aku tak perasan ke dia sedap dok jeling, tenung muka aku macam nak telan. Daripada sebelum cuti lagi aku dah perasan. Tapi yang dulu-2 tu aku tak perasan sangat. Satu hari nanti aku cium dia laju-2 tahu lah. Eh salah salah, jeling dia laju-2 sampai 180° baru tahu. nak cium dia jadah hee, baik aku cium bilaly. Hahaha, nanti mesti farah report kat bilaly. Dia kan selalu stalk aku. Macam tak tahuu. Eh, itu tandanya aku sayang kawan aku tauu. Klah, amai dah comment aku dok depan lappy lama sangat. Okay tata love you.

