31 May 2012


Assalamualaikum. Harini nak update blog pasal birthday aku haritu. 31 May. Orang first wish, humaira. Well, thanks sepet. Yang kedua lak, fashiha. Eh, sampai 6 page dia text aku. Hahaha, time tu lak aku pakai fon nokia tu jee, memang banyak kali *some text missing*. Pastu dah dapat full text, aku save text esah dengan humaira dalam memori sim, tukar baby aku balik, save kan sahaja dalam memori baby aku. Tapi esah punya text, dapat save 3 page je. Alah hai, memori sim dah ponoh lak. Orang ketiga, boyfriend aku. Memang tepat-2 pukul 12 dia call aku. Hihi, kesian call aku sampai habis kredit dia. Adik aku tak puas hati sebab dia orang keempat yang wish. Tahun lepas dia orang kedua. Hahaha, tulah leka sangat tengok tv kann.

Esah pergi ucap 'selamat hari gawai' kat aku. K aku tahu birthday aku sama tarikh dengan hari gawai. Fanim pulak, pagi-2 lagi dah kejutkann aku. Call, sebab nak wish. Akak dia kacau dia tidur, dia kacau aku tidur. K masyeh. Mentang-2 kau free kalau call aku kan. Haha, aku angkat dengan suara baru bangun tidur. Apa nak kisah, dia pun sama. Haha. K terima kasih kat semua orang yang text dan call aku sebab nak wish happy bornday. Ah aku terharu tau, sebab kawan-2 aku ingat birthday aku. Yang wish kat facebook pun, terima kasih. Letih wa nak scroll down kat wall wa tu. Nasih baik wall aku belum bertukar jadi timeline lagi. Hahaha. Kakak NNN aku lak, dia dia sempat perli aku, "Happy Birthday ADIK", well aku still anggap kau akak aku, even kita dah lost contact.

Musuh aku lak, eh tak baik. Adalah kawan aku ni, eh kawan ke, ehh tak tak takk. Adalah sorang ni, dia cakap dia tak pernah lupa birthday aku. Kthanks. Aku hargainya. Well, aku pun sama, aku tak pernah pun lupa birthday dia. Sebab bithday dia dekat-2 je dengan aku. Hihi thanks korang. Letih aku nak mengelike semua post tuu. Mama aku, pagi-2 lagi, lagi pagi dari fanim, dah kejutkan aku tidur. Well, hobi mama aku memang suka kejutkan aku tidur. Ayah aku lak, aku paling terharu "happy birthday anak ayah" pastu dapat kiss kat dahi. Arghh, bukan senang nak dapat tau! Aku dengan ayah aku tak rapat macam aku dengan mama aku. Ayah aku garang, tegas, tapi dia pernah nangis sebab aku demam panas tak kebah-2 masa kecik-2 dulu. Tak pernah aku tengok ayah aku nangis, kecuali masa tengok ombak rindu. Ehh, hahahaha

Lepas birthday aku, 1 June kan. Hmpp, aku dah 5 bulan dengan amai. No one know how much I cried that day. Tulah nad, banyak sangat ketawa, memang banyak menangisnyaa. Well, aku memang jenis yang suka gelak kuat-2 sampai berair mata ni. Aku dengan mizah, haa memang padan ah kita orang kalau menggelakkan orang sampai keluar air mata. Out of topic. Sayang, awak ingat, saya suka-2 ke nak buat macam tu, tak okay. Saya ada sebab saya sendiri. Dah ah taknak cakap pasal ni. Haa, aku pagi-2 lagi dah bawa motor. Grrr, sejuknyaa even dah pakai cardigan. Pastu text esah, tanya ada tusyen ke tak. Still jugak takde? Ni dah tiga minggu aku tak pergi tusyen ni. Nyampah lah. Kalau jadi esok, sorry lah yoo. Esok aku dah lepas pergi seremban. Memang tak lah aku pergi tusyen. Maybe kalau kak leha batalkan jugak sabtu depan, aku taknak tusyen situ lagi dah. Ingat aku memain ke nak tusyen tu? Huh!

Tadi, tolong mama aku basuh kereta. Aduh asyik kena marah je. Aku ada lah dalam 3 4 kali basuh kereta selama 16 tahun 2 hari aku hidup kat dunia ni. Inilah antara salah satu sebab kenapa aku taknak kerja dengan orang, aku lagi prefer kerja sendiri. Sebab aku tak suka kena marah, baru belajar, memang lah kerja tu tak sempurna. Nak tahu apa makna 'nadia'? Nadia tu maksudnya pemerintah. See, aku lagi suka beri arahan daripada terima arahan. Klah, aku nak tengok tom cruise belakon ni. Hihi, handsome. Kboi. Assalamualaikum buddies. Btw, cantik je pageviews aku, 29,999. K terima kasih. Meyh aku cukupkan 30,000 k.
THANKS HONEY