Assalamualaikum reader(s), daripada tadi aku conquer laptop ni sorang-2. Dari pukul 9 tadi kut. Hihi, alah apa salahnya nadia sekali sekala nak online kann. Kannn!
Harini nak story pasal mak mama aku punya cucu pertama punya pakwa, adik aku punya kakak kandung punya pakwa, mama aku punya anak sulung punya pakwa *faham tak?* senang-2 cerita aku punya pakwa lah, harini birthday ahmad akmal. Hihi, aku orang first wish birthday dia, okay bangga jap! Banggaa! Tapi lambat 9 minit, ish tak suka betul. Ni semua sebab fanim sebab dia message aku suruh tengok cite don 2 sebab aku yang suruh dia message aku bila cite tu nak ulang balik. Terleka lak tengok cite tu. Tapi pape pun, shahrukh khan handsome and cool gila dalam cite tuu. Haritu fanim juga yang message aku suruh tengok cite kepegok pocong. Hahaha, sumpah lawak cite tuu, pondan tu pernah berlakon cite kuntilanak keserupaan, cite tu pun jadi lawak sebab ada pondan tuu. Okay out of topic.
Hurm entry ni mula daripada pukul 9 tadi lagi, tapi sampai sekarang tak siap-2. Hihi, okay aku tipu dia. Malam tadi kata takde beli pape pun untuk dia, alah tipu sunat. Sekali sekala apa salahnyaa. Aku balut present tu 20 kali. Haha sabar jelah buka present tuu. 17 kali untuk ulang tahun yang ke-17, lagi tiga tuu, pembalut hadiah, start counting dengan kertas warna. Mama aku menggeleng dengar aku nak balut 20 kali. Tapi dia sokong, dia just cakap, takpe lah untuk orang tersayang. Ah mama aku memang memahami! Sayang mama, i love you mom. Aku pula, memang tak pernah balut hadiah. Sumpah tak pernah. Ni hadiah pertama aku pernah balut k. Special untuk ahmad akmal. Tapi balut novel lagi susah dari balut hadiah. 2 jam aku menghadap bendalah tu jee. Memang lenguh kaki aku.
Tadi time balik aku kasi present tuu. Tapi just cakap nak jumpa je, takde cakap nak bagi present deh. Tak surprise ah kalau aku kasi tahu. Daripada sabtu lepas aku karang ayat nak cakap kat dia, tapi jumpa je, hilang terbang melayang segala ayat-2 yang aku dah susun tuu. Aku tak boleh ah kalau ada kawan dia. Segan doh! Bagi je, terus blah. Hish tak sopan betul aku ni. Kelam kabut, gelabah, kalut, huru-hara segalanya ada. Hihi sesungguhnya aku dah tak tahan, gelak jahat aku dah tak tahan nak meletus keluar. Tapi kantoi harga lak. Aku dah liquid price tag dia, malas nak cabut. Maybe dia pergi kikis. Kantoi! Tak best ah bie ni. Pape pun, aku buat semua ni khas untuk ahmad akmal. Aku nak tebus untuk tahun lepas. Aku bukan orang pertama yang wish birthday dia. Terkilan woi!
Maybe lepas solat jumaat dia buka present aku tu. Aku malas nak lock segala message kitaorang tuu, so buat screencapture jelah. Dia cakap dia asyik senyum je masa buka present aku. Hihi, aku pun sampai sakit sakit otot pipi asyik tersenyum masa balut dan baca message dia tadi. Tak tahu kenapa, tetiba lak aku menangis, ohh spoil betul. Air mata seorang wanita sangat murah harganya. Hihi okay lupakan. Now, ceita untuk malam ni pulak. tadi aku on call dengan dia. Nak tuntut janji dia kat aku. Nyanyi untuk aku. Haha, mula-2 aku terasa lah juga. Yang dia tu terpaksa nyanyi sebab aku. Aku nak dia nyanyi ikhlas untuk aku, bukan sebab terpaksa kepe. Sedih gak lah. Last-2 aku gak yang kena nyanyi untuk dia. Chorus lagu rapuh. Aku suka lagu tuu. Pastu end call.
Pastu dia suruh call balik, aku call. Dia nyanyi! Ah cair. Lagu kerna sayang VE. Ciss, so aku nak reply dengan lagu dilema. Tapi macam tak kena, tukar dengan lagu ombak rindu. Berterabur lirik aku. Haha taram lah. Lagu ombak rindu tu aku wajib nyanyi sebelum tidur *tak caye tanya ira lah*, dia selalu marah aku, dia nak baca 3kul pun tak senang. Nyanyi untuk diri sendiri, confirm tak lelap kalau tak nyanyi. Aku suka manjakan diri aku sendiri. Tabiat aku ni wei, mesti kena dengar lagu tak pun, aku nyanyi sendiri. Sebenarnya dah biasa orang nyanyikan 2 lagu untuk aku sebelum tidur. Okay sejarah lama jangan dikenang nadia.
Okay lah, aku rasa macam panjang sangat pula. Entry ni sebenarnya nak buat untuk amai, memang untuk dia pun. Dia nak baca, tapi sekarang dah tidur. Aku nyanyi sedap sangat kut! Hahaha, suara katak boleh lah! K tata assalamualaikum dan selamat malam.
