specky


Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Aku dah lama tak update ke? Hihi sorry lah yee. Aku ada banyak story, tapi malaslah nak menaip. Malas nak duduk depan laptop lelama pun ada juga. Sebab haritu pergi check mata, aku takde rabun tapi silau 85. Takde lah tinggi mana, tapi pada aku tetap tinggi.

Nak bangga jap, aku tak rabun *jerit macam scha alyahya* hihi tapi terasa lah silau tuu. Dari jauh memang aku tak nampak tulisan kecil yang ada dalam screen fon ke lappy ke tv ke. Dulu nampak je. Bila baca novel, kejap je dah berbalam-2 tulisan tu. Minta spek, tapi mama tak kasi. Aku memang teringin sangat nak pakai spek, sebab aku suka orang pakai spek, lagi-2 bila amai pakai spek. Eh masa tahun 2009 dia ada pakai eh, jangan kata aku merepak kat sini. Handsome je bila dia pakai spek. Kdah tak boleh puji lebih-2. Dia dah jadi pengunjung tetap blog aku. Hurmm yelah kut. Hihi.

Tadi sekolah, farah hanim. Adoh hai, bercerita pasal novel awak suka saya tak. Novel tu memang best, sangat-2 best, antara novel yang paling best aku pernah baca. Tebal tu pun memang lah, seribu lebih kut. Maybe dia memang nak sangat pakwa macam hilman tuu. Sape taknak wei, aku pun nak. Tapi masa depan, semua orang tak tahu. Hilman tu mualaf, memang handsome lah kann. Harga pun takyah cakap lah, nasib baik pakai duit mama. Cinta dia pun memang untuk intan. Bertuah intan tuu, ada orang tunggu dia selama 11 tahun. Kalau kau, kau sanggup ke tunggu dia macam tu, tanpa sebarang memori, tak pernah kenal. Jumpa pun sekali jee. Pape pun novel tu memang best lah wei! Aku tak tipu deh.

Haritu, aku pergi kenduri. Kat mana aku tak sure lah wei. Yang penting kenduri tu dekat seremban, rumah kakak amoi aku. Dia tunang. Maksu aku tengok kak amoi tunang, dia pun dah terasa nak tunang dengan chekmie. Semua orang memang nak dia orang tunang, ikat cepat. Chekmie baik orangnya, maksu aku pula cantik orangnya. Mama aku pula, memang daripada awal lagi dia dah sayang kat bakal adik ipar dia tu. Aku suka dengan pakwa maksu aku. Sangat caring dan sangat takut maksu aku lari.

Masa kita orang nak balik tu, dia hantar sampai ke kereta poit! Dah lah parking jauh. Sanggup dia tengah-2 panas tu hantar kita orang. Masa aku nak masuk tu, aku macam gelabah sikit. Dengan beg laptop lah. Sangat-2 semak. Pastu dia tanya, eh kaklong, boleh tak pegang fon tu. Kalau tak boleh, chekmie nak. Hahahaha. Dia memang mengidam galaxy SII. Alah, dari galaxy SII better galaxy note. Screen besar gedabak. Boleh letak gambar maksu aku besar-2 lah! Haha, dia jelly je masa tahu aku nak beli SII. Takpe-2 dah habis degree beli lah yee. Pastu buat hadiah hantaran. Galaxy SII memang nipis, kalau bawa pergi sekolah, pastu ada spotcheck senang je nak sorok kat mana. Tapi hari isnin memang haram bawa fon bagi aku. Sebabnya, kau fikirlah sendiri. Hahaha

Tadi mama aku cakap, hilmi dapat A subjek mathematics. Tapi D subjek bahasa melayu. Pelikkan adik aku. Ira pun dapat A math. Aku je tak. Sedih lah, mengalir air mata aku bila dapat paper add math. Gila kau! Tak pernah-2 aku dapat markah teruk macam tu. Kawan aku cakap muka aku merah bila kemok-2 kan paper add math sambil jalan nak pergi tempat duduk. Nampak sangat ke muka aku merah wei. Muka aku memang merah bila marah sedih kecewa gembira maluu, tak pun bila berjemur tengah panas. Masa merentas desa haritu, sampai sekarang muka aku berbelang. Tapi dah kurang sikit lah.

K lah wei, aku nak blah dulu. Mata dah gatal-2 dah ni. Nak mandi. Jap lagi nak buat hw. K babai sayang. I love you. Assalamualaikum.

THANKS HONEY