Hai buddies. tajuk entry tu sebenarnya ikut lirik chori chori cupke cukpe. Heee, aku tak dapat tidur ni. kalaulah aku tak tidur petang tadi, confirm sekarang aku tengah syiok mimpi pergi honeymoon dengan hubbies aku. Hahahaha! *banyaknya laki aku. Hishh itukan mimpi jee. Sungguh-2 pulakk, macam tahu-2 je dapat mimpi indah macam tu. Ceh, gatal!
Daripada tadi lagi, line internit ni macam siput babi lintas high way *cehh, pinjam ayat orang jap. Nasib baik aku ni lambat give up. Kalau tak, takde lah maknanya nak online and update blog ni. Sungguh, petang semalam aku adalah pergi stalk blog ex aku. Hadoii, tengoklah balik entry lepas lepas dia. Hishh, time tu aku baru je break dengan dia. And time tu pun, aku dah ada balak lain. Hancur lebur hati aku tahu tak, sebab tahu dia ada awek lain tak sampai pun empat hari kitaorang break. Padahal, bagi text, mak oii, mama aku pun boleh nangis tau. Hehe, even dah lama berlalu tapi aku still lagi simpan text tu dalam laptop ni. Dah dekat setahun dah punn. Eh cerita entry dia, hehe, ada nama aku. Bangga lah juga en.
Tapi sedih lah juga kita orang tak kekal lama. Sebab eh, salah den juga. Tapi sia tu, cemburu mak oii, kalah pasangan suami isteri. aku kan memang tak suka sangat orang yang terlalu cemburu ni. Tak senang hidup bhai! Nak text kawan pun serba salah. Macam mana lah kalau aku terjodoh dengan dia nanti. Tapi alhamdulillah, awek dia sekarang pun faham dia macam mana. Cantik bhai awek eh. Macam cino ghoman eh. Hehe. Sekali tengok macam nak tengok berkali-kali. Omeyy sangat. Adik aku pun dokk puji dia jee masa awal-2 aku jumpa blog dia orang tuu. Alahai, naik muak aku. Tapi dia orang umphhh, romentik siall! Hee, ex aku tuu memang romentik orangnya. Ayat dia boleh cair tau.
Dulu aku bengang juga ah dia asyik block pastu unblock pastu block balik, pastu sekarang ni dah unblock dah *itukan memang hak dia, yang kau nak bengang pahal! Hishh, Dia block ke tak block ke, aku tetap je jumpa FB dia *hebat juga aku ni dalam mengesan ex-2 aku! Boleh jadi Detactive Nadia ni! HAHAHAHA. Tapi, jangan risau lah. Sebab aku ni bukan jenis yang suka rampas-merampas hak orang lain. Dulu pernahlah buat sekali. Tapi sehari jee. See, aku buat orang, lepastu orang buat aku balik. Tuhan bayar cash bai! Takde hutang-2 deh. Baru tahu macam mana rasa bila bf kita curang. Perit. Terus insaf. Haha. So, aku takkan curang and takkan rampas balak orang. Tapi kalau setakat kawan, takkan tak boleh kutt. Kawan jekan. BUKAN NAK RAMPAS PUN! Hehe.
Kadang-2 en, aku tertanya-2. Kenapa nak marah kalau boyfie atau girlfie text dengan orang lain, lagi-2 itu ex dia orang. Biar jelah. Bukannya kau orang dah khawin pun. Pada aku, itu tak salah, sebab semua orang ada hak nak kawan dengan sesiapa sahaja yang dia nak. Kita tak boleh nak control sangat. Nanti takut dia lari pula! Hahaha. Itu pada pendapat aku lah. Jangan lah marah kalau terasa pula, itukan pendapat aku jee. haisshh!
klah, aku nak tidur dah. Ni dah nak pukul empat dah. Dah lah gambar pun aku tak cari lagi ni. Hee, hari ni aku tak tahu nak tulis apa. So, bila tengok dekat history ada pula aku terbuka blog ex aku, terbitlah ilham nak tulis pasal dia. Almaklum lah. Saya ni dah takde orang nak marah bila saya tulis pasal lelaki lain, terutamanya ex-2. Haha, cam bangang! Haa, novel aku dah habis baca, tu sebab ah aku tidur petang semalam. Hehe, novel tu dia sama macam novel awak suka saya ke tak, puji kebesaran Allah. Bagus-2. Aku suka baca pasal junjung Tuhan umat Islam ni. Sedikit sebanyak, dapat juga lah tambah ilmu agama aku yang sememangnya cetek.
Assalamualaikum, Baibai buddies!
harimau pengotor tak reti lap air liur
jatuh tangga pula hingga tersembam
sekarang aku nak masuk tidur
dah pukul empat takut nanti mata lebam

