mata sepet

Assalamualaikum pembuka bicara,
      Hurm, malam tadi ingat nak pergi sekolah. Tapi bangun je pagi pagi tengok mata aku bengkak nak mati! shit! kalau dua-dua belah, aku boleh terima lagi, ni tak sebelah je! Macam bangang dah roman den!  Sudah hee, aku tak jadi nak pergi sekolah. Hish nak kata aku menangis, tapi aku tak nangis pun semalam. Baca novel pun tidak. Hurm, hari ni aku nak pergi klinik, check mata aku yang bengkak sebelah ni! Macam half panda half manusia dah aku tengok! EEEEEEE. Memang bengkak ni dah lama dah. Lepas PMR haritu, dalam hari Jumaat lah aku kena. Sampai sekarang kut. Selalunya, bangun dari tidur jee, memang dah bengkak, tapi bengkak sikit jelah en. So, aku takde lah risau sangat. Hari nih, bengkak banyak kut. Semalam lah rasa sakit gila bila sujud ke tunduk ke, rasa nak cabut je mata ni. Aku main badminton dengan ira, time nak mengambil bulu tangkis tu, nak menitik air mata aku dah. Sakit gila kut. Tapi semalam takde ah bengkak macam ni sangat. Boleh lagi cover pergi interview kerja semalam. Hehe, sorry bawah umur, soo tak diterima! Bongok bongok! Semalam bukannya dapat kerja kat tempat tu, tapi aku dapat beg! ghaha. Pakai duit sendiri :( Habis lah duit aku kalau asyik beli itu ini. And semalam pun dah kena marah dekat naja sebab beli lens baru. Dia cakap mata dah bengkak tapi still nak beli benda tu, dah lah membazir lah apa lah pape lah pape jelah! Biasa lah aku en, keras kepala, dia marah aku marah balik. Hehe, k aku nak makan ni, asyik bercerabih je. Bye bye bye.
Assalamualaikum.

THANKS HONEY